Loading.. please wait

Firefly Park Kuala Selangor

FireFly Park Kuala Selangor

Bosan dengan kesibukkan kota? Ingin cuba untuk mendapatkan ketenangan dan kedamaian dari alam flora dan fauna? Kuala Selangor Firefly @ Kunang - Kunang Kuala Selangor akan membawa anda menerokai keunikan dan keindahan daripada salah satu kehidupan serangga kecil yang bernama kelip – kelip ( kunang – kunang @ firefly ).


Selain India, Jepun dan Amerika, Kampung Kuantan Kuala Selangor dan Kampung Belimbing Kuala Selangor juga merupakan salah satu lokasi yang terbaik untuk melihat kelip-kelip ini. Anda akan di bawa menaiki bot atau sampan untuk menyusuri Sungai Selangor bagi melihat kelip-kelip ini pada waktu malam. Sepanjang menyusuri Sungai Selangor, anda pasti akan merasa terpukau dengan kehadiran cahaya yang keluar dari kelip-kelip ini. Ianya seperti menyambut perayaan Christmas yang dihiasi lampu-lampu yang indah.  

Apa itu kelip-kelip?

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang spesis “Pteroptyx tener”. Ianya berukuran 6mm panjang dan boleh menghasilkan cahaya pada waktu malam tanpa frekuensi inframerah atau ultraviolet. Cahaya yang dihasilkan dari bawah perutnya mungkin berwarna hijau, kuning atau merah pucat dan dipancarkan secara serentak pada satu-satu masa iaitu pada kadar 3 kerlipan sesaat. 


Kelip- kelip jantan menghasilkan cahaya yang lebih terang berbanding kelip- kelip betina bertujuan menarik perhatian kelip – kelip betina, makala jangka hayat kelip – kelip adalah 2 hingga 3 bulan sahaja. Habitat ini suka berkumpul pada pokok berambang iaitu sejenis pokok bakau yang hidup dalam persekitaran yang lembap dan berpaya yang tumbuh di tebing sungai Selangor bagi tujuan sumber makanan kelip- kelip.


Kampung Kuantan Kuala Selangor

Kampung Kuantan Kuala Selangor merupakan sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, ianya terletak kira – kira 56km dari Kuala Lumpur serta 9km dari Kuala Selangor. Tempat yang sangat sesuai untuk anda yang inginkan suasana tenang lagi mendamaikan serta jauh dari kesibukkan kota. Selain itu anda juga boleh berkunjung ke tempat – tempat menarik yang ada di kawasan berhampiran seperti Bukit Melawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor. Di sini juga terdapat sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Pekan Sri Segambut, di kelilingi sawah padi yang pasti akan membuat anda terpana dengan pemandangan kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Jika anda salah seorang yang suka dengan ketenangan pantai, di sini terdapat sebuah pantai yang di kenali sebagai Pantai Remis Kuala Selangor yang terkenal dengan kepelbagaian sajian makanan laut. Tahukah anda ? Pantai Remis ini juga ada terletak di Negeri Perak yang dinamakan sebagai Pantai Remis Perak.


Alamat:

Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor

No tel: 03-32891439



Sistem Pengangkutan:

- Dari Innb Park Hotel hanya mengambil masa 45 minit dengan menaiki kereta.

- Harga untuk grab car hanya RM110 untuk satu hala.


Bayaran perkhidmatan sampan:

RM50.00 / sampan (maksimum 4 orang dewasa)

* Tempoh menaiki sampan lebih kurang 20 minit untuk satu perjalanan ( pergi dan balik)


Kemudahan awam:

Untuk anda yang mempunyai kenderaan sendiri jangan risau kerana disini ada menyediakan tempat meletak kereta secara percuma. Selain itu terdapat juga gerai – gerai makanan dan cenderahati yang menarik untuk di bawa pulang.


Article Contributed By: Mr. Almer Altus, Front Desk Management Trainee


Website: http://www.mdks.gov.my/en/visitors/places-interest/kg-kuantan-fireflies


Gambar kredit kepada: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pinterest (travelswithsun.com, iexplore.com)